Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad

22. Liabiliti pekongsi apabila perkongsian liabiliti terhad tidak solven

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua di bawah Akta ini, seseorang pekongsi atau bekas pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang menerima suatu pembahagian daripada perkongsian liabiliti terhad itu—

(a)

apabila perkongsian liabiliti terhad itu tidak solven dan mengetahui atau sepatutnya mengetahui pada masa pembahagian itu bahawa perkongsian liabiliti terhad itu tidak solven; atau

(b)

yang mengakibatkan perkongsian liabiliti terhad itu menjadi tidak solven dan mengetahui atau sepatutnya mengetahui pada masa pembahagian itu bahawa perkongsian liabiliti terhad itu akan menjadi tidak solven akibat pembahagian itu, hendaklah bertanggungan sendiri ke atas perkongsian liabiliti terhad itu bagi amaun atau nilai pembahagian itu jika pembahagian itu diterima dalam tempoh dua tahun sebelum permulaan penggulungan perkongsian liabiliti terhad itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu perkongsian liabiliti terhad adalah tidak solven jika perkongsian liabiliti terhad itu, pada masa itu, tidak berupaya untuk membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan; dan

(b)

seseorang pekongsi atau bekas pekongsi hendaklah disifatkan telah menerima suatu pembahagian jika

Perkongsian Liabiliti Terhad 27

pembahagian itu diterima oleh pemegang serah hak atau penama pekongsi atau bekas pekongsi itu.

Report

Bahagian V

Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules