Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad

24. Pemberhentian kepentingan perkongsian

Feedback & support
(1)

Seseorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad boleh berhenti menjadi pekongsi—

(a)

mengikut perjanjian perkongsian liabiliti terhad itu; atau

(b)

jika tiada perjanjian sedemikian, dengan pekongsi itu memberikan notis tiga puluh hari kepada pekongsi lain tentang niat pekongsi itu untuk meletakkan jawatan sebagai pekongsi.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—

(a)

seseorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad hendaklah berhenti menjadi pekongsi apabila pekongsi itu meninggal dunia atau dibubarkan; dan

(b)

dalam hal perkongsian liabiliti terhad yang ditubuhkan bagi maksud menjalankan apa-apa amalan profesional, seseorang pekongsi hendaklah terhenti menjadi pekongsi jika pekongsi itu telah hilang kelayakan untuk menjalankan amalan profesional di bawah undang-undang yang mentadbir yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Pertama.

(3)

Jika seseorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad terhenti menjadi pekongsi, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perjanjian perkongsian liabiliti terhad, pekongsi itu, wakil dirinya atau pelikuidasinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak untuk menerima suatu amaun daripada perkongsian liabiliti terhad itu—

(a)

yang bersamaan dengan sumbangan modal bekas pekongsi itu kepada perkongsian liabiliti terhad itu dan hak bekas pekongsi itu untuk berkongsi dalam keuntungan terkumpul

Perkongsian Liabiliti Terhad 29

perkongsian liabiliti terhad itu selepas ditolak kerugian perkongsian liabiliti terhad itu; dan

(b)

yang ditentukan pada tarikh bekas pekongsi itu terhenti menjadi pekongsi.

(4)

Jika seseorang pekongsi terhenti menjadi pekongsi, pekongsi itu, atau wakil dirinya atau pelikudasinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberhentikan penglibatan dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad itu.

(5)

Mana-mana bekas pekongsi, atau wakil diri atau pelikudasi bekas pekongsi itu yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian V

Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules