Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad

23. Kuasa pekongsi untuk mengikat perkongsian liabiliti terhad

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad ialah ejen bagi perkongsian liabiliti terhad itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu perkongsian liabiliti terhad tidak terikat dengan apa-apa jua yang dilakukan oleh pekongsi dalam berurusan dengan seseorang jika—

(a)

pekongsi itu bertindak tanpa kuasa; dan

(b)

orang yang dengannya pekongsi itu berurusan—

(i)

mengetahui bahawa pekongsi itu tidak mempunyai kuasa; atau

(ii)

tidak mengetahui bahawa pekongsi itu ialah pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu.

(3)

Jika seseorang telah berhenti menjadi seorang pekongsi suatu perkongsian liabiliti terhad, bekas pekongsi itu hendaklah dianggap, berhubung dengan mana-mana orang yang berurusan dengan perkongsian liabiliti terhad itu, masih menjadi pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu melainkan jika—

(a)

orang yang berurusan dengan perkongsian liabiliti terhad itu mengetahui bahawa bekas pekongsi itu telah berhenti menjadi pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu; atau

(b)

suatu notis bahawa bekas pekongsi itu telah berhenti menjadi pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu telah diserah simpan dengan Pendaftar oleh perkongsian liabiliti terhad itu atau bekas pekongsi itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

(4)

Bagi maksud subsekyen (2), tiada seorang pun yang disifatkan mempunyai notis tentang apa-apa kekurangan kuasa seseorang pekongsi hanya atas sebab bahawa hakikat itu dijadikan tersedia oleh

Pendaftar untuk diperiksa.

Report

Bahagian V

Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules