Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad

25. Kebankrapan pekongsi

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad dihukum bankrap—

(a)

kebankrapannya tidak akan dengan sendirinya menyebabkan pekongsi itu terhenti menjadi seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;

(b)

Ketua Pengarah Insolvensi atau pemegang amanah estet pekongsi bankrap itu berhak untuk menerima pembahagian daripada perkongsian liabiliti terhad itu yang pekongsi bankrap itu berhak untuk menerima di bawah perjanjian perkongsian liabiliti terhad; dan

(c)

pekongsi bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi atau pemegang amanah estet bagi pekongsi bankrap itu tidak boleh campur tangan dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad itu.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(c), seseorang pekongsi bankrap boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian liabiliti

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

terhad itu—

(a)

dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi; atau

(b)

dengan kebenaran Mahkamah dengan syarat bahawa suatu notis tentang niat untuk memohon kebenaran telah disampaikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan

Ketua Pengarah Insolvensi didengar pada permohonan itu.

(3)

Seseorang pekongsi bankrap yang dihukum bankrap di luar

Malaysia tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad melainkan jika kebenaran telah diperoleh daripada Mahkamah.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perenggan (1)(c) atau subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules