Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian X · Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965
51. Kuasa Pendaftar untuk memotong perkongsian liabiliti terhad daripada daftar
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika Pendaftar mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa—
suatu perkongsian liabiliti terhad tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi;
suatu perkongsian liabiliti terhad telah melanggar Akta ini;
adalah menjejaskan kepentingan negara bagi suatu perkongsian liabiliti terhad untuk berada dalam daftar;
tiada pelikuidasi yang bertindak dalam kes penggulungan oleh Mahkamah sebagaimana yang dinyatakan di bawah perenggan 49(1)(b); atau
hal ehwal sesuatu perkongsian liabiliti terhad telah digulung sepenuhnya di bawah seksyen 49 atau 50 dan tiada aset atau aset yang ada tidak mencukupi untuk
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
membayar kos bagi mendapatkan perintah Mahkamah untuk membubarkan perkongsian liabiliti terhad itu,
Pendaftar boleh menyampaikan notis kepada perkongsian liabiliti terhad itu yang memberitahu bahawa namanya boleh dipotong daripada daftar melainkan jika perkongsian liabiliti terhad itu memberikan sebab kenapa namanya tidak sepatutnya dipotong daripada daftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu atau tempoh yang lebih lama yang dilanjutkan oleh
Pendaftar.
Pendaftar boleh memotong nama perkongsian liabiliti terhad daripada daftar selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau tempoh yang lebih lama yang dilanjutkan di bawah subseksyen (1), jika Pendaftar—
menerima pengesahan daripada perkongsian liabiliti terhad itu atau pekongsinya bahawa perkongsian liabiliti terhad itu tidak lagi menjalankan perniagaan atau beroperasi;
tidak menerima jawapan daripada perkongsian liabiliti terhad itu kepada notis yang disebut dalam subseksyen (1);
atau
tidak berpuas hati dengan sebab kenapa nama perkongsian liabiliti terhad itu tidak sepatutnya dipotong.
Jika nama sesuatu perkongsian liabiliti terhad telah dipotong daripada daftar di bawah seksyen ini—
liabiliti bagi tiap-tiap pekongsi adalah berterusan dan boleh dikuatkuasakan seolah-olah nama perkongsian liabiliti terhad itu tidak dipotong; dan
perkongsian liabiliti terhad itu disifatkan telah dibubarkan.