Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian X · Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965
54. Aset yang berbaki bagi perkongsian liabiliti terhad yang dibubarkan terletak hak pada Pendaftar
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad dibubarkan di bawah seksyen 49, 50 atau 51 dan terdapat apa-apa harta yang berbaki yang terletak hak pada perkongsian liabiliti terhad itu atau yang baginya ia berhak atau yang ke atasnya ia mempunyai kuasa untuk melupuskan pada masa ia dibubarkan sedemikian tetapi yang tidak dikumpulkan, direalisasikan atau selainnya dilupuskan atau diuruskan oleh perkongsian liabiliti terhad itu atau pelikuidasi yang diluluskannya, harta itu hendaklah terletak hak pada Pendaftar bagi semua estet dan kepentingan dalamnya, undang-undang atau ekuiti, pada tarikh perkongsian liabiliti terhad itu dibubarkan bersama dengan semua tuntutan, hak dan remedi ke atas harta itu.
Jika apa-apa tuntutan, hak atau remedi bagi pelikuidasi yang diluluskan itu boleh di bawah Akta ini dibuat, dijalankan atau digunakan hanya dengan kelulusan atau persetujuan Mahkamah atau mana-mana orang lain, Pendaftar boleh, bagi maksud seksyen ini, membuat, menjalankan atau menggunakan bagi dirinya tuntutan, hak atau remedi itu tanpa kelulusan atau persetujuan sedemikian.
Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, menetapkan cara bagaimana Pendaftar boleh menguruskan harta yang terletak hak padanya di bawah subseksyen (1) termasuk cara harta itu hendaklah dijual atau selainnya dilupuskan, pembiayaan kos sampingan yang ditanggung dan komisyen untuk dibayar kepada Pendaftar.
Wang yang diterima oleh Pendaftar daripada penjualan atau selainnya pelupusan harta hendaklah digunakan bagi membiayai semua kos, belanja, komisyen dan fi yang bersampingan baginya, dan selepas itu lebihan itu, jika ada, hendaklah diuruskan seolah-olah lebihan itu ialah wang tidak dituntut di bawah undang-undang yang
Perkongsian Liabiliti Terhad 55
berhubungan dengan wang tidak dituntut.