Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian X · Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

52. Pembatalan pembubaran

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad telah dibubarkan di bawah seksyen 49, 50 atau 51, mana-mana pekongsi, pemiutang atau orang yang terkilan pada bila-bila masa dalam masa dua tahun dari

Perkongsian Liabiliti Terhad 53

tarikh pembubaran itu boleh memohon kepada Mahkamah bagi pembatalan pembubaran itu atas alasan bahawa—

(a)

perkongsian liabiliti terhad itu belum menunaikan semua hutang dan liabilitinya; atau

(b)

adalah adil dan munasabah bagi pembubaran perkongsian liabiliti terhad itu dibatalkan.

(2)

Jika Mahkamah berpuas hati dengan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan pembubaran perkongsian liabiliti terhad itu dibatalkan dan apabila salinan dimeterai perintah itu diserahkan kepada Pendaftar bagi pendaftaran, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah disifatkan terus wujud seolah-olah ia tidak dibubarkan.

(3)

Mahkamah boleh, melalui perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), memberi apa-apa arahan dan membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya adil untuk meletakkan perkongsian liabiliti terhad itu dan semua orang lain yang terjejas oleh pembubaran itu pada kedudukan yang sama seberapa hampir yang boleh seolah-olah perkongsian liabiliti terhad itu tidak dibubarkan.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules