Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian X · Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

53. Kuasa Pendaftar untuk mewakili perkongsian liabiliti terhad yang dibubarkan dalam hal keadaan tertentu

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh mewakili suatu perkongsian liabiliti terhad yang dibubarkan di bawah seksyen 49, 50 atau 51 atau pelikuidasi yang diluluskannya untuk melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa tindakan pentadbiran untuk menjalankan, menyelesaikan atau memberi kesan kepada apa-apa urusan, transaksi atau perkara yang perkongsian liabiliti terhad itu jika masih wujud akan terikat di sisi undang-undang atau ekuiti untuk menjalankan, menyelesaikan atau memberi kesan kepada urusan, transaksi atau perkara itu.

(2)

Apabila Pendaftar menyempurnakan atau menandatangani apa-apa surat cara atau dokumen yang berkenaan dalam menjalankan

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

tindakan pentadbiran di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah menyatakan bahawa dia berbuat sedemikian menurut seksyen ini dan penyempurnaan atau tandatangan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa, kesahan dan kesan yang sama seolah-olah perkongsian liabiliti terhad itu jika masih wujud telah menyempurnakan surat cara atau dokumen itu dengan sewajarnya.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules