Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian V · Peruntukan Am Kewangan
41. Kuasa pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pinjaman
Feedback & supportTertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, melalui ketetapan dan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa mendapatkan melalui pinjaman apa-apa amaun dengan apa-apa syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi mana-mana daripada maksud yang berikut:
untuk membayar perbelanjaan yang dilakukan atau yang akan dilakukan bagi mana-mana daripada yang berikut:
pengambilan tanah yang pihak berkuasa tempatan itu diberi kuasa mengambilnya;
mendirikan sesuatu bangunan yang pihak berkuasa tempatan itu ada kuasa mendirikannya;
menjalankan sesuatu kerja tetap, mengadakan atau membaharui sesuatu loji atau mengadakan atau mengganti kereta; dan
untuk menjelaskan pinjaman yang sedia ada:
Dengan syarat bahawa pinjaman itu tidak boleh menjadikan hutang pihak berkuasa tempatan itu berjumlah lebih daripada lima kali nilai tahunan sebagaimana yang terdapat dalam Senarai Nilaian semasa pihak berkuasa tempatan itu dan juga dengan syarat bahawa tempoh pembayaran balik pinjaman itu tidak boleh lebih daripada enam puluh tahun.
Sebelum sesuatu ketetapan itu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan itu suatu anggaran lengkap hendaklah dibuat mengenai kos projek yang dicadangkan itu dan yang atasnya wang yang dipinjam itu hendak dibelanjakan, kos tahunan untuk menyenggara projek itu, hasil tahunan yang akan didapati daripadanya, lamanya tempoh projek itu, dan cara pembayaran balik yang dicadangkan.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
Kuasa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan gadai janji atau stok debentur dan membuat peraturan-peraturan mengenainya