Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian V · Peruntukan Am Kewangan
52. Kumpulan wang pembaharuan dan insurans
Feedback & supportSesuatu pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa mengadakan peruntukan bagi mengasingkan tiap-tiap tahun amaun untuk mewujudkan—
(a)
kumpulan wang pembaharuan yang cukup bagi mengganti seluruh atau sebahagian daripada aset pihak berkuasa tempatan itu, yang mana oleh sebab susutan atau sebab lain perlu diganti pada sesuatu masa yang akan datang; dan
(b)
kumpulan wang insurans untuk meliputi risiko atau untuk mengadakan peruntukan bagi luar jangka, iaitu tanggungan yang jika tidak ada kumpulan wang itu tetap kena dijelaskan oleh pihak berkuasa tempatan itu apabila jua risiko atau luar jangka itu berlaku;