Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian V · Peruntukan Am Kewangan
46. Kuasa meminjam bagi maksud khas
Feedback & supportSelain daripada kuasa meminjam yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan oleh seksyen 41, dan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, bagi maksud memajukan pengusahaan perumahan, perdagangan dan perindustrian, mendapatkan wang dengan cara pinjaman daripada mana-mana orang bagi apa-apa amaun, dengan apa-apa kadar bunga dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara pihak berkuasa tempatan itu dengan orang itu dengan kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri.
Sesuatu pinjaman yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen ini boleh, dengan jalan gadai janji pertama atau gadaian pertama atau dengan jalan debentur, bersekuritikan aset, dan hasil yang diperolehi daripada aset yang mengenainya wang itu dipinjam dan bukan bersekuritikan aset lain atau hasil pihak berkuasa tempatan itu.
Seksyen 45 tidak boleh dipakai bagi pinjaman itu atau bagi apa-apa bunga yang kena dibayar di atasnya, tetapi pemegang gadai janji,
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
pemegang gadai atau pemegang debentur itu boleh menjalankan segera remedi di sisi undang-undang dan di sisi ekuiti yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dalam Negeri di mana pihak berkuasa tempatan itu terletak.