Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian V · Peruntukan Am Kewangan
47. Pinjaman oleh Kerajaan
Feedback & supportTertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh memberi pinjaman daripada hasilnya atau daripada wang lain yang diasing atau diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan dengan apa-apa kadar bunga dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan yang akan dipatuhi oleh pihak berkuasa tempatan yang mendapatkan pinjaman itu, selain daripada terma dan syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.
Jika sesuatu pihak berkuasa tempatan tidak dapat membayar mana-mana wang yang kena dibayar mengenai sesuatu pinjaman yang diberi di bawah seksyen ini, Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana-mana Negeri boleh, pada bila-bila masa selepas tamat enam puluh hari dari tarikh wang itu genap masanya dibayar dan kena dibayar, memerintahkan bahawa suatu kadar atau kadar-kadar bagi apa-apa amaun yang ditetapkannya hendaklah dibuat dan dilevi ke atas semua harta berkadar dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan kadar yang diperintahkan sedemikian itu adalah menimpakan beban sama seperti beban sesuatu kadar yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan itu dan boleh dikuatkuasakan dengan cara yang serupa, dan hasil kadar itu hendaklah dibayar kepada hasil am Persekutuan atau hasil am Negeri itu.