Skip to content

Seksyen 11

Kuasa Majlis untuk mewakilkan

of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

ActIn forceProvision 12 of 47
Seksyen 11
(1)

Majlis boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota Majlis atau kepada mana-mana pengarah atau mana-mana jawatankuasa kuasa dan autoriti untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kewajipan, kuasa atau fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh

Majlis, dan boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang atau jawatankuasa itu untuk mewakilkan kepada mana-mana orang atau jawatankuasa kecilnya apa-apa kewajipan, kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada orang atau jawatankuasa itu.

(2)

Majlis boleh pada masa mewakilkan mana-mana kuasa atau autoriti di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana anggota Majlis, pengarah atau jawatankuasa atau pada bila-bila masa selepas itu memberikan arahan mengenai cara yang mengikutnya kuasa atau autoriti yang diwakilkan itu hendaklah dijalankan dan boleh pada bila-bila masa membatalkan, mengubah atau menambah pewakilan itu.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota Majlis, pengarah, jawatankuasa atau mana-mana orang, sama ada atau tidak pegawai atau pekhidmat Majlis itu, autoriti untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan

Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Majlis setakat apa-apa had yang hendaklah ditetapkan oleh Majlis dalam setiap hal.

14

No. 20 Tahun 1966

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan gaji, skim kumpulan wang simpanan, dsb.