Skip to content

Seksyen 8

Penyusunan Majlis kepada bahagian, pelantikan pengarah dan tanggungjawab mereka

of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

ActIn forceProvision 9 of 47
Seksyen 8
(1)

Majlis boleh menubuhkan apa-apa bahagian sebagaimana yang difikirkannya wajar, dan setiap bahagian hendaklah berada di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan sebagai “pengarah”.

(2)

Pengarah bagi setiap bahagian hendaklah dilantik oleh

Majlis dengan kelulusan Menteri dan hendaklah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah.

(3)

Hendaklah menjadi tanggungjawab pengarah bagi bahagian yang berkenaan, tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah, untuk melaksanakan dan menyempurnakan keputusan Majlis mengenai perkara yang berkaitan dengan bahagiannya, untuk mengemukakan syor mengenai dasar bagi pertimbangan oleh Majlis, untuk mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat

Majlis apabila perkara yang berkaitan dengan bahagiannya sedang dipertimbangkan dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis.