Skip to content

Seksyen 9

Pelantikan jawatankuasa

of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

ActIn forceProvision 10 of 47
Seksyen 9
(1)

Majlis boleh melantik apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya wajar untuk menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis dan untuk memeriksa dan melaporkan kepada Majlis apa-apa perkara jua pun yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1)

boleh memasukkan sebagai anggotanya dan mengundang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, orang selain anggota, pegawai atau pekhidmat Majlis; dan jika orang itu dimasukkan atau diundang sedemikian Majlis boleh, melalui ketetapan, mengisytiharkan saraan atau elaun bagi orang itu; dan saraan atau elaun itu hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(3)

Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini boleh melantik satu jawatankuasa kecil atau lebih.

Majlis Amanah Rakyat 13