Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian III · Kuasa Suruhanjaya

24. Pewakilan kuasa atau fungsi Suruhanjaya

(1)

Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari kepada—

(a)

Ketua Pegawai Eksekutif; atau

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10.

(2)

Mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini—

(a)

boleh diwakilkan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya sama ada secara am atau khusus; dan

(b)

hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.

(3)

Perwakilan di bawah seksyen ini tidak menyekat Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan tugas atau fungsi yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

(4)

Ketua

Pegawai

Eksekutif boleh membenarkan dan mengarahkan mana-mana pegawai atau pekerja Suruhanjaya untuk menjalankan mana-mana kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi yang diwakilkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif di bawah subseksyen (1).

30

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bab 3

Bahagian VI

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VII