Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian III · Kuasa Suruhanjaya

26. Section 26

(1)

Suruhanjaya hendaklah berunding dengan Majlis Penasihat

Syariah mengenai perkara Syariah yang berhubung dengan mana-mana urusan koperasi yang berasaskan Syariah dan boleh mengeluarkan arahan bertulis berhubung dengan urusan berkenaan mengikut nasihat Majlis Penasihat Syariah.

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan urusan koperasi yang berasaskan Syariah dan diawasi dan dikawal selia oleh Suruhanjaya dalam mana-mana mahkamah atau penimbang tara, apa-apa persoalan yang timbul mengenai perkara Syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—

(a)

mengambil kira apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1); atau

(b)

merujuk persoalan sedemikian kepada Majlis Penasihat

Syariah untuk keputusannya.

(3)

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah menurut rujukan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) hendaklah, bagi maksud prosiding berkenaan dengan rujukan yang dibuat—

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 31

(a)

sekiranya rujukan itu dibuat oleh mahkamah, diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusannya; dan

(b)

sekiranya rujukan dibuat oleh penimbang tara, mengikat penimbang tara itu.

Report

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bab 3

Bahagian VI

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VII