Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bab 3

42. Kumpulan Wang Likuiditi Pusat

(1)

Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana koperasi atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan koperasi melalui perintah secara bertulis untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Likuiditi

Pusat.

(2)

Mana-mana koperasi yang dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Likuiditi Pusat di bawah subseksyen (1) hendaklah membayar kepada Suruhanjaya atau kepada ejennya sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu sejumlah wang caruman atau apa-apa kadar caruman sebagai suatu peratusan modal syer, modal langganan, aset atau tanggungannya atau gabungannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa tidak lewat dari tarikh yang ditentukan dalam perintah itu.

(3)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat peraturan-peraturan mengenai ruang lingkup, pengendalian dan pengurusan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat.

42

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VI

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VII