Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 3
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 3
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam masa dua tahun dari tarikh mula berkuat kuasa seksyen ini atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh
Suruhanjaya, kesemua koperasi hendaklah mendepositkan kumpulan wang mereka yang tidak diperlukan dengan segera bagi operasi atau pelaburan ke dalam Akaun Deposit Koperasi.
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat peraturan-peraturan mengenai ruang lingkup, pengendalian dan pengurusan Akaun Deposit Koperasi.
Bahagian VI