Seksyen 19
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 19 of 179
Seksyen 19
(1)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Lembaga.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran urusan dan hal ehwal harian Perbadanan.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungan menjawab dan bertanggungan menerangkan kepada Lembaga bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan tugasnya.
(4)
Semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Ketua Pegawai
Eksekutif, Lembaga boleh membenarkan seorang pegawai Perbadanan untuk melaksanakan tugas, fungsi dan tanggungjawab Ketua Pegawai
Eksekutif.
Terma dan syarat perkhidmatan