Seksyen 132
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Seksyen 132
Atas suatu petisyen bagi penggulungan suatu institusi anggota dan tertakluk pada subseksyen 478(1) Akta Syarikat 2016,
Mahkamah hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang yang ditentukan oleh Perbadanan dalam petisyennya atau, jika
Perbadanan bukan pempetisyen, permohonannya.
(2)
Atas suatu permohonan Perbadanan, Mahkamah hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang yang ditentukan oleh
Perbadanan dalam permohonannya—
(a)
untuk mengisi suatu kekosongan; atau
(b)
untuk memecat dan menggantikan seorang pelikuidasi yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau atas petisyen
162
Undang-Undang Malaysia penggulungan.
(3)
Walau apa pun subseksyen 479(2) Akta Syarikat 2016, dalam penggulungan suatu institusi anggota, Mahkamah hendaklah menentukan saraan pelikuidasi atas syor Perbadanan, dan tiada orang selain Perbadanan boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengkaji semula saraan pelikuidasi.