Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian XI · Peruntukan Am
202. Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan
Feedback & supportMelainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata dalam
Akta ini, jika, bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya, pelaksanaan mana-mana fungsinya, atau penunaian mana-mana tugasnya, di bawah Akta ini, Perbadanan menghendaki apa-Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 223
apamaklumat daripada suatu institusi anggota atau daripada mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan suatu institusi anggota, tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau hal ehwal institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan itu, institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan itu hendaklah, walau apa pun mana-mana peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengemukakan maklumat itu kepada Perbadanan.
Mana-mana pegawai atau ejen institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan atau mana-mana orang lain yang mempunyai akses atau memegang atau memiliki buku, rekod, akaun atau dokumen lain suatu institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta secara bertulis oleh Perbadanan untuk melakukan sedemikian, mengemukakan buku, rekod, akaun atau dokumen lain itu kepada
Perbadanan sebagaimana yang dikehendakinya.
Jika maklumat yang didapati oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah berhubungan dengan akaun, urusan atau hal ehwal mana-mana pelanggan mana-mana institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan yang membekalkan maklumat, maka maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara Perbadanan dengan institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan yang membekalkannya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.