Skip to content

Seksyen 21

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 21 of 179

Seksyen 21

(1)

Perbadanan boleh melantik mana-mana pegawai dan pekerja sebagaimana yang perlu untuk menjalankan urusan dan hal ehwal

Perbadanan dan pegawai atau pekerja itu hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa pampasan dan apa-apa saraan lain, dan hendaklah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga.

(2)

Seorang pegawai atau pekerja Perbadanan hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, piawaian, kewajipan dan tatakelakuan termasuk surcaj sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan 12(1)(a).

(3)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Lembaga, menubuhkan dan menyenggara suatu dana pencen atau simpanan bagi pegawai dan pekerjanya daripada wang Perbadanan.

Bantuan kewangan kepada pegawai, pekerja dan orang lain