Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian X · Kesalahan
192. Mengemukakan diri sebagai institusi anggota
Feedback & supportTiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagai institusi anggota, atau menggambarkan bahawa mana-mana liabilitinya atau liabiliti mana-mana orang lain adalah diinsuranskan di bawah sistem insurans deposit atau dilindungi di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, melainkan jika ia atau orang lain itu ialah suatu institusi anggota.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
218
Undang-Undang Malaysia