Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian XII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
211. Kecualian dan peralihan
Feedback & supportWalau apa pun pemansuhan Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2005 di bawah seksyen 210—
semua pengarah Perbadanan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang memegang jawatan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu bagi tempoh jawatan masing-masing yang belum habis tempohnya di bawah Akta yang dimansuhkan pada masa Akta itu dimansuhkan di bawah seksyen 210;
232
Undang-Undang Malaysia
kumpulan wang insurans deposit Islam dan kumpulan wang insurans deposit konvensional yang disenggara dan ditadbirkan oleh Perbadanan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dan terus disenggara dan ditadbirkan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;
perundangan subsidiari dan apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pengecualian, syor, penentuan, notis dan perbuatan atau benda lain yang dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat atau dilakukan di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan;
semua transaksi, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang dan semua urusan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta yang dimansuhkan dengan mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukanmenurut undang-undang dan secara sah, di bawah atau mengikut Akta ini, dan dengan demikian itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau urusan itu yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai terus menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;
tiada apa jua pun boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didenda, didakwa atau dihukum bagi apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini;
apa-apa surat ikatan yang dikeluarkan atau disempurnakan secara sah di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau disempurnakan menurut
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 233
undang-undang dan secara sah di bawah atau mengikut
Akta ini;
apa-apa harta alih, harta tak alih dan aset yang dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang oleh Perbadanan di bawah
Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang di bawah atau mengikut
Akta ini;
apa-apa sebutan mengenai Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini dan apa-apa sebutan mana-mana peruntukan tertentu Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu;
apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan di bawah
Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dikehendaki dilakukan di bawah atau mengikut Akta ini;
apa-apa hak, faedah, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta yang dimansuhkan, termasuk apa-apa obligasi untuk memelihara kerahsiaan, tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya; dan
semua perbuatan atau benda yang dilakukan mengikut Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan mengikut Akta ini dan sewajarnya, hendaklah terus sah di bawah Akta ini.
234
Undang-Undang Malaysia