Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

Bahagian VI · Pemeriksaan Institusi Anggota

97. Pemeriksaan khas

Feedback & support
(1)

Jika Perbadanan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemeriksaan usaha wajar atau pemeriksaan lain patut dibuat bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa Perbadanan di bawah seksyen 25 atau subseksyen 99(1) atau membuat bayaran di bawah Bab 3

Bahagian IV atau Bab 3 Bahagian V, Perbadanan boleh menjalankan satu pemeriksaan khas atau lebih terhadap institusi anggota.

(2)

Skop pemeriksaan khas di bawah subseksyen (1) boleh termasuk pemeriksaan rekod, buku, akaun atau dokumen dan transaksi lain institusi anggota.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seorang pegawai, juruaudit, penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau ejen institusi anggota atau mana-mana orang lain hendaklah mengemukakan kepada pegawai atau pekerja Perbadanan atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Perbadanan apa-apa dokumen, bahan, maklumat atau penjelasan yang dikehendaki oleh Perbadanan.

(4)

Perbadanan boleh mendapatkan apa-apa kos dan perbelanjaan pemeriksaan khas daripada institusi anggota sebagai suatu hutang yang perlu dan kena dibayar kepada Perbadanan.

(5)

Perbadanan hendaklah membuat suatu laporan kepada Bank

Negara Malaysia apabila selesainya pemeriksaan khas itu.

Report

Bahagian VII

Tindakan Oleh Perbadanan

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules