Seksyen 55
Perakuan tentang kedudukan atau jawatan yang dipegang
of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Perakuan yang dikeluarkan oleh seseorang prinsipal atau seseorang pegawai bagi pihak prinsipalnya hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai bukti prima facie bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan itu—
(a)
telah memegang kedudukan, jawatan atau sifat yang dinyatakan dalam perakuan itu dan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian; dan
(b)
telah menerima emolumen yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 71
(2)
Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjadi bukti prima facie bahawa perakuan itu telah dikeluarkan oleh orang yang berupa sebagai telah mengeluarkannya selaku prinsipal atau bagi pihak prinsipal itu tanpa bukti tentang tandatangan orang yang mengeluarkan perakuan itu dan tanpa bukti tentang kuasa orang itu untuk mengeluarkannya.