Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian VI · Keterangan

56. Kebolehterimaan terjemahan dokumen

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa dokumen yang digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah boleh diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang benar dan tepat dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak

Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh pihak pendakwa di dalam atau di luar Malaysia.

Report

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules