Skip to content

Seksyen 51

Keterangan sokongan

of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

ActIn forceProvision 51 of 74
Seksyen 51

Dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, bolehlah dibuktikan bahawa pada atau sekitar masa kesalahan yang dikatakan itu, atau pada bila-bila masa selepas itu, tertuduh, atau mana-mana saudara atau sekutunya—

(a)

memegang apa-apa harta yang tentangnya dia, atau saudara atau sekutunya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan hati tentang bagaimana harta itu sampai ke dalam pemunyaan, milikan, jagaan atau kawalannya; atau

(b)

telah membuat apa-apa urusan bagi pemerolehan apa-apa harta dan dia tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan hati tentang balasan yang baginya harta itu akan diperoleh, dan keterangan yang berhubung dengannya hendaklah dianggap menyokong apa-apa keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu.