Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian VIII

66. Tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia

Feedback & support
(1)

Peruntukan Akta ini hendaklah, berhubung dengan warganegara dan pemastautin tetap Malaysia, mempunyai kuat kuasa di luar dan di dalam Malaysia, dan jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan di mana-mana tempat di luar Malaysia oleh mana-mana warganegara atau pemastautin tetap, dia boleh diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

(2)

Apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menjadi galangan terhadap prosiding kemudiannya terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi galangan terhadap prosiding selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan ekstradisi orang, berkenaan dengan kesalahan yang sama, di luar Malaysia.

Report

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules