Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian VIII

71. Section 71

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan mana-mana pertubuhan, kesatuan, organisasi atau badan sebagai badan awam.

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik dan lebih mudah dan, tanpa menjejaskan keluasan peruntukan ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah—

(a)

yang berhubungan dengan mana-mana lembaga atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(b)

bagi membuat peruntukan tentang bentuk apa-apa notis, perintah, akuan atau perkara lain di bawah Akta ini; dan

(c)

bagi mengadakan peruntukan bagi penyampaian atau penyerahan apa-apa notis, perintah, arahan, petunjuk, kehendak atau perkara lain yang dilakukan dengan sah di bawah Akta ini.

(3)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Undang-Undang Malaysia 78

Report

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules