Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

3A. Meterai perbadanan

(1)

Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Meterai perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Lembaga.

(3)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Koko Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan

Lembaga.

(4)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau seorang anggota Lembaga.

(5)

Meterai perbadanan itu hendaklah dicapkan di hadapan

Pengerusi dan seorang anggota Lembaga yang lain dan Pengerusi dan anggota itu hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan.

(6)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (5)

hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(7)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Pengerusi atau seorang anggota Lembaga bagi pihak Lembaga.

(8)

Meterai perbadanan

Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Kewangan

Bahagian IV

SES

Bahagian V

Audit dan Laporan Tahunan

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules