Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian II · Lembaga
9. Kuasa Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang suai manfaat atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, khususnya tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:
menubuh dan mengendalikan mana-mana institusi dan establismen di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga untuk menunaikan fungsinya di bawah Akta ini;
mengadakan apa-apa rundingan dan perkiraan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk menggalakkan kepentingan umum akan industri koko;
menerima sebagai balasan bagi khidmat yang diberikan olehnya apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;
mengenakan apa-apa fi atau caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya;
menubuhkan jawatankuasa, yang boleh terdiri daripada atau termasuk orang yang bukan anggota Lembaga untuk
(nd)
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
menasihat atau membantu Lembaga atas apa-apa perkara berhubungan dengan kuasa dan fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut;
dan
Lembaga boleh mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan sebagaimana yang dikenakannya, mana-mana kuasa dan fungsinya (kecuali kuasa membuat peraturan-peraturan dan meminjam wang) sebagaimana yang difirkannya patut, kepada mana-mana jawatankuasa sedemikian dan apa-apa tindakan yang dilakukan atu keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut menurut pewakilan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tindakan atau keputusan Lembaga.
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
Bahagian III
Kewangan
Bahagian IV
SES
Bahagian V
Audit dan Laporan Tahunan
Bahagian VI