Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

8. Fungsi Lembaga

Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut—

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 15

(a)

menjalankan dan menggalakkan penyelidikan ke atas pengeluaran, pemprosesan, penstoran, pengangkutan, pemasaran, penggunaan dan pemakaian koko dan keluaran koko;

(b)

menjamin, sekiranya kepentingan awam atau kepentingan industri koko memerlukan sedemikian, pemajuan dan pengeksploitasian apa-apa dapatan penyelidikan, yang didapati oleh

Lembaga belum dimajukan dan dieksploitasikan atau belum dimajukan atau dieksploitasikan dengan sepenuhnya;

(c)

memperoleh, memegang, melupuskan atau memberi hak berkaitan dengan dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga atau, sekiranya kepentingan awam atau kepentingan industri koko memerlukan sedemikian, berkaitan dengan dapatan apa-apa penyelidikan yang dilakukan oleh mana-mana orang atau organisasi;

(d)

mengawal dan menyelaraskan aktiviti dan polisi semua penyelidikan dan pembangunan organisasi yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagian besarnya dari Kumpulan

Wang;

(e)

memastikan bahawa Lembaga sentiasa dimaklumkan dengan sepenuhnya mengenai aktiviti dan polisi yang relevan semua penyelidikan dan pembangunan organisasi yang dibiayai sebahagiannya oleh Kumpulan Wang;

(f)

mengumpul, menyatukan dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan koko dan keluaran koko dan gentian lain bagi keluaran koko dan untuk menggalakkan pemakaian koko dan keluaran koko yang bersaing dengan bahan lain atau pelengkap kepadanya;

(g)

menyelaraskan aktiviti di dalam

Malaysia yang berhubungan dengan penyelidikan, pembangunan, publisiti dan perkara lain yang melibatkan industri koko serta mengadakan hubungan dengan badan di luar

(d)

(e)

(f)

(g)

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

Malaysia yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut;

(h)

mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat dan perunding bagi industri koko;

(i)

menyelaraskan aktiviti dengan tujuan untuk mendapatkan pemasaran yang cekap bagi biji koko dan keluaran koko dari Malaysia;

(j)

mengawal selia dan memperbaiki cara penstoran dan pengapalan koko dan keluaran koko;

(k)

memajukan langkah-langkah ke arah mencapai kualiti yang tinggi untuk koko dan keluaran koko dan termasuklah membantu menetapkan standard dan penubuhan suatu sistem penggredan yang cekap;

(l)

mengawal selia pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pengimportan dan pengeksportan koko termasuk pemerakuan baginya;

(m)

mengawal selia dan menyelaraskan perjalanan yang sempurna dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran, pengangkutan dan pemasaran koko dan keluaran koko;

(n)

menimbang, menggalak dan mengambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya dan merebaknya penyakit yang melibatkan koko;

(na)

merancang dan melaksanakan rancangan latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri koko;

(nb)

menjalankan penyelidikan dan kemajuan tentang minyak dan lemak selain mentega koko jika penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk mempertingkatkan industri koko;

(h)

(i)

(j)

(k)

(l)

(m)

(n)

(na)

(nb)

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 17

(nc)

menjalankan penyelidikan dan kemajuan dalam apa-apa bidang lain jika penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk memanfaatkan industri koko;

(n menjalankan penyelidikan dan kemajuan mengenai tanaman selangan dan menggalakkan tanaman selangan dalam ladang koko; dan

(o)

pada amnya untuk melakukan apa-apa jua perkara untuk kebaikan dan perjalanan yang sempurna bagi industri koko dan untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Report

Bahagian III

Kewangan

Bahagian IV

SES

Bahagian V

Audit dan Laporan Tahunan

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules