Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

5. Anggota silih ganti

(1)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 3B(b), (c), (d), (e), (f) dan (g), melantik seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga sekiranya anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa jua sebab.

(1A)

Anggota silih ganti yang hendak dilantik—

(a)

berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 3B(b), (c), (d) dan (e), hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha masing-masing

Kementerian yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan itu; dan

(b)

berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 3B(f) dan (g), hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh masing-masing anggota yang dilantik.

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti daripada menjadi seorang anggota silih ganti jika anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti itu tidak lagi menjadi anggota Lembaga.

Pelantikan hendaklah diwartakan

Report

Bahagian III

Kewangan

Bahagian IV

SES

Bahagian V

Audit dan Laporan Tahunan

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules