Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian VII · Tambahan
48. Penyimpanan data
Feedback & support(1)
Data yang diambil daripada agensi lain untuk maksud analisis di bawah Akta ini tidak boleh disimpan melebihi tempoh yang diperlukan bagi memenuhi maksud berkenaan.
(2)
Institut berkewajipan untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data berkenaan telah dimusnahkan atau dipadam secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan bagi maksud ianya diambil.