Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian VII · Tambahan
55. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportKecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Menteri—
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai atau pekhidmat Institut, mana-mana pegawai yang ditugaskan atau mana-mana orang yang diupah oleh Institut, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan, pekerjaan atau upahannya, hendaklah tidak menzahirkan apa-apa maklumat yang diketahuinya atau didapatinya dalam penjalanan tugas; dan
tiada seorang pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Institut atau Lembaga
Pengarah boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.