Skip to content
In forceUpdated to 22 Jun 2012Read it in English

Bahagian VII · Tambahan

49. Simbol, reka bentuk dan representasi Institut

Feedback & support
(1)

Institut mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan simbol, reka bentuk atau representasi yang direka oleh Institut dan kemudiannya boleh memperaga atau mempamerkannya dalam aktiviti atau hal ehwal yang berkaitan dengannya.

(2)

Simbol, reka bentuk atau representasi yang direka oleh

Institut hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3)

Mana-mana orang yang menggunakan simbol, reka bentuk atau representasi Institut atau yang mempunyai persamaan dengannya, atau mereka sebarang simbol, reka bentuk atau representasi yang merujuk kepada Institut untuk memperdaya atau menyebabkan kekeliruan, atau boleh memperdaya atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report