Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian VII · Tambahan
53. Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap Institut, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua
Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai atau pekhidmat Institut, mana-mana pegawai yang ditugaskan atau mana-mana orang yang diupah oleh Institut berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dibuatnya atau peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.