Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian VII · Tambahan
59. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan untuk semua atau mana-mana maksud di bawah:
untuk menetapkan fi atau caj yang akan dikenakan berhubung dengan khidmat perundingan dan nasihat yang diberikan oleh Institut;
untuk memperuntukkan dan menetapkan apa-apa fi yang kena dibayar berhubung dengan pemberian apa-apa perkhidmatan atau apa-apa perkara di bawah Akta ini;
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 33
untuk menetapkan prosedur untuk mendapatkan, berurusan dengan dan penyimpanan sampel;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang mana Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan; dan
untuk menetapkan semua perkara lain yang suai manfaat atau perlu untuk ditetapkan bagi memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.