Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
11. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
16
Undang-Undang Malaysia
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;
atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 6 dan 7.