Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
8. Anggota silih ganti
Feedback & supportMenteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hingga 6(k), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab.
Anggota silih ganti yang hendak dilantik berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hingga 6(k)
hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan itu.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota
Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 15