Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
17. Pewakilan fungsi, kuasa dan kewajipan Lembaga
Feedback & supportLembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipannya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan perbadanan atau membuat peraturan-peraturan, kepada—
18
Undang-Undang Malaysia
mana-mana anggota Lembaga;
mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;
atau
mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua
Pengarah—
kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 22; dan
kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan
Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Lembaga.