Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga

16. Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh

Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain, suatu laporan yang memperkatakan kegiatan Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules