Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
12. Perlindungan daripada liabiliti diri
Feedback & supportTiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, dan tiada pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah menanggung liabiliti diri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan salah atau peninggalan yang disengajakan oleh dirinya.