Seksyen 8
Anggota silih ganti
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
(1)
Menteri boleh melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hingga (i) untuk menghadiri mesyuarat
Lembaga sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota
Lembaga.
(3)
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti
Lembaga Lada Malaysia 15
apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.