Skip to content

Seksyen 16

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 16 of 71
Seksyen 16

(1)

Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga, hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh

Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain, suatu laporan yang menyatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 656