Seksyen 17
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
(1)
Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang disifatkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan perbadanan atau membuat peraturan-peraturan, kepada—
(a)
mana-mana anggota Lembaga;
(b)
mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;
atau
(c)
mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
(2)
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa, mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua
Pengarah—
(a)
kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 21; dan
(b)
kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan
Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Lembaga.