Seksyen 9
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
(1)
Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan
Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga selain Ketua Pengarah untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.
(2)
Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1)
dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hendaklah melaksanakan fungsi
Pengerusi.
(3)
Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)
atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.
(4)
Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir itu untuk mempengerusikan mesyuarat itu.