Skip to content

Seksyen 17

Kuasa penyiasatan

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 17 of 50
Seksyen 17
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah

Akta ini.

(2)

Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].